BAHAN-BAHAN
250 gm mentega
180 gm gula kastor
250 gm tepung
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
2 paket serbuk teh tarik 3 dalam 1 |cairkan dengan 100 ml air
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 160° Sapukan acuan kek bulat bersaiz 8″ dengan sedikit mentega.
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
- Seterusnya, masukkan teh tarik diselang seli dengan tepung dan serbuk penaik. Pukul hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak.