SUP DAGING BEREMPAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

500 gm daging lembu – buang lemak dan potong dadu

Garam secukup rasa

Air secukup nya

3 biji kentang

2 batang saleri

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

Sedikit daun bawang

 

BAHAN REMPAH

1 batang kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

1 sudu kecil lada putih (biji)

½ sudu kecil jintan manis

½ sudu kecil jintan putih

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan daging dan air ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Tumbuk kasar bahan-bahan rempah dan bungkus di dalam kain putih dan ikat.
  3. Masukkan bungkusan rempah ke dalam sup yang sedang mendidih.
  4. Kecilkan api, masukkan kentang, batang saleri dan semua bawang yang telah dihiris. Renehkan selama dua jam ataupun sehingga daging empuk.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang di atasnya.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan