BAHAN-BAHAN:
450 gm ikan keli
Minyak masak secukupnya
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Air asam jawa
BAHAN KISAR
10 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan keli yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan perapkan selama 15 minit.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- Campurkan kerisik dan goreng selama dua minit di atas api yang kecil.
- Masukkan air asam jawa, apabila telah mendidih masukkan ikan dan masak selama 10 minit ataupun sehingga ikan masak.
- Masukkan garam secukup rasa dan gaul.