BAHAN CUCUR UDANG:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang
2 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa
1 ½ sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
BAHAN KUAH:
1 biji keledek saiz sederhana – rebus empuk
2 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kisar
Sedikit kicap
½ cawan kacang tumbuk
Minyak untuk menumis
Gula merah dan garam secukup rasa
BAHAN LAIN:
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur rebus
2 keping tauhu
1 biji sengkuang
Bebola ikan/bebola udang/bebola sotong
5 batang sosej
Minyak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat-bulat sehingga kekuningan.Tauhu, sosej dan semua jenis bebola digoreng sehingga kekuningan.
- Untuk menyediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
- Untuk menyediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili.
- Kisar keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga kacang, garam dan gula. Masukkan juga sedikit kicap . Masak hingga mendidih. Jika mahu kuah pekat, boleh letak lebih keledek.
- Potong semua bahan yang telah digoreng tadi. Tuangkan kuah ke atasnya dan siap untuk dihidangkan.