KUIH PERIA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN DOH:
300 gm tepung pulut
150 gm keledek
240 ml air + pewarna hijau
4 sudu besar gula kastor
40 ml minyak

BAHAN INTI :
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 cawan air -boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian

BAHAN TAMBAHAN:
Daun pisang atau plastik secukupnya
Minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk menyediakan inti, kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam semalaman.
2. Toskan kacang dan lalukan di bawah paip air. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Sebaik sahaja ia masak dan dalam keadaan panas, masukkan gula dan garam. Kacau sehingga gula larut dan sebati dan inti kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum di bulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.
6. Untuk membuat kulit, rebus keledek hingga empuk dan kisar bersama sedikit air.
7. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung pulut, gula dan garam. Lalu tuangkan keledek yang telah dikisar tadi ke dalam tepung.
8. Uli bahan-bahan tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
9. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat-bulatkan.
10. Untuk membentuk buah peria, sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentuk kan doh menjadi bentuk lonjong sikit.
11. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulung seperti gulungan gula-gula. Kemaskan kiri dan kanan lalu tarik kuat-kuat kedua-dua hujung plastik supaya terbentuk garis-garis pada doh seakan-akan menyerupai buah peria. Buka gulungan dan susun dalam pinggan. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan