BELEBAT KELEDEK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung beras
2 biji keledek warna ungu dan merah
¾ cawan santan pekat
1 1/2 cawan air masak
1/2 cawan gula (anggaran)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Ubi keledek dipotong seperti saiz kentang goreng. Rebus ubi keledek hingga empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Tepung beras, santan pekat,air gula dan garam di campur lalu dimasak atas api yang kecil. Kacau sentiasa hingga menjadi agak pekat.
3. Masukkan ubi keledek tadi dan kacau biar rata.
4. Sudu kan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar. Bungkus dan lipat di kedua hujungnya.
5. Susun dalam loyang pengukus dan kukus selama lebih kurang dalam 10 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan