BAHAN A:
110 gm tepung pulut
500ml santan
Secubit garam
Daun pisang secukupnya
BAHAN INTI :
1 ½ ketul gula melaka
1 sudu besar gula pasir
½ biji kelapa parut
3 helai daun pandan
100 ml air
BAHAN TAMBAHAN
110gm tepung pulut
250 ml air
CARA:
- Masak bahan inti sehingga kering, akhir sekali masukkan tepung gandum kemudian sejukkan.Bentukkan bebola kecil.
- Bahan tambahan diuli sehingga menjadi doh, juga dibentukkan bebola kecil, anda perlu membaluti inti dengan bahan tambahan ini supaya inti tidak pecah atau keluar ketika dikukus.
- Untuk menyediakan bahan diluar pula, anda perlu memasak ke semua bahan A dengan api sederhana sehingga memekat. Matikan api.
- Layurkan daun pisang dan potong mengikut keperluan, mulakan dengan meletak bebola inti yang telah dibaluti ke daun pisang, kemudian sudukan pula Bahan A yang telah dimasak lebih kurangempatsudu besar.Bungkuskan ia dan susun dalam pengukus sehingga selesai.Kukus sehingga masak.