KUIH SERI MUKA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Guna Loyang 10 inci x 10 inci

 

BAHAN: (LAPISAN BAWAH PULUT)

1 cawan beras pulut putih

1 cawan santan cair

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil minyak

 

LAPISAN ATAS PANDAN:

2 cawan santan pekat

150 ml air

4 helai daun pandan

1 cawan tepung gandum

1 ½ sudu besar tepung ubi

1 cawan gula pasir

1 biji telur ayam

1/2 sudu kecil garam

 

 

CARA:

  1. Untuk lapisan bawah , pulut perlu dibasuh dan rendam selama lebih kurang 4 jam untuk dapatkan hasil pulut yang lembut dan lemak.
  2. Kemudian campurkan semua bahan seperti santan, daun pandan dan garam bersama dengan pulut. Bila sudah sebati sediakan loyang bulat dan masukkan pulut tadi dan ratakan. Kukus dalam pengukus selama lebih kurang 30 minit.
  3. Untuk bahagian atas, daun pandan di kisar halus bersama dengan air dan tapiskan. .
  4. Kemudian ayakan semua tepung iaitu tepung gandum dan tepung ubi.Setelah itu campurkan semua bahan tadi iaitu pati pandan, tepung dan juga bahan lain yang tidak dicampurkan lagi. Gaul sebati dan kemudian tapis adunan.
  5. Pulut yang telah dikukus sekurangnya 35 minit, dipadatkan permukaan menggunakan senduk.Sejukkan sebentar, kemudian baru anda tuangkan bahagian atas dan kukus sehingga masak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan