BAHAN:
110 gm tepung pulut
110 gm tepung pulut hitam
Air secukupnya
1 sudu kecil garam
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
3 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum
CARA:
- Masak gula Melaka sehingga menjadi karamel, masukkan air sedikit demi sedikit kemudian masukkan kelapa parut, daun pandan, kacau sehingga kering. Akhir sekali masukkan tepung gandum, sejukkan dan bulat-bulatkan.
- Satukan bahan tepung pulut , tepung pulut hitam dan air, kepalkan sehingga menjadi bebola, masukkan inti dan bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur dan diletakkan sedikit minyak, bungkus seperti nasi lemak.
- Kukus sehingga masak.