BAHAN DOH:
500 gm tepung roti
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
320 ml air suam
1 paket yis kering( 11 gm )
2 sudu besar minyak zaitun
BAHAN INTI:
100gm tomato puri
2 sudu besar sos tomato
100 gm mozzarella
40 gm keju parmesan
40 gm keju Edam ( keju belanda )
40 gm keju cheddar
1 sudu besar herba
Minyak zaitun
Sedikit daun pasli
CARA:
- Untuk membuat doh, satukan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh, kemudian rehatkan 30 minitdengan menutup permukaan doh dengan plastik.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian, boleh menghasilkan 2 doh piza sederhana, canaikan mengikut selera anda.
- Atas dulang pembakar, doh yang telah dicanai dibakar sebentar selama 6 minit pada suhu 180 hingga 200⁰C.
- Kemudian keluarkan, sapukan tomato puri yang telah dicampurkan dengan tomato sos dan sedikit herba. Kemudian taburkan semua jenis keju, taburkan sedikit minyak zaitun pada permukaan, kemudian bakar kembali selama 30 minit .
- Siap untuk dihidangkan.