BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
7 cawan air
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
BAHAN LAIN:
Kelapa parut muda
Sedikit garam
CARA:
- Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan.Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Sejukkan sebentar kemudian tapis.
- Kukus dalam loyang selama 1 jam, siap dikukus dan potong, disalut bersama kelapa parut dan garam.