BAHAN:
500 gm daging lembu kisar
1 ulas bawang merah – cincang
1 sudu besar sos westershire
1 sudu kecil sos perang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Secubit lada hitam kisar
Sos barbeku-diasingkan
1 sudu kecil garam
CARA:
- Dalam mangkuk, satukan ke semua bahan kecuali sos barbeku dengan menguli dan bahagikan kepada tiga bahagian. Bentukkan patties burger.
- Bakar patties burger dengan mentega sehingga masak, sambil disapukan sos barbeku pada setiap permukaan.
- Hidangkan dengan roti burger dan salad mengikut kesukaan anda serta bahan sampingan.