BAHAN: INTI DAGING AYAM
500 gm daging kisar ayam
Sedikit minyak zaitun
1/2 labu bawang besar
1 cawan tomato puri
Sedikit lada benggala hijau, merah & kuning
1 tin cendawan butang
Serbuk oregano dan herba italy
Sedikit garam
SOS PUTIH @ BÉCHAMEL :
500 ml susu segar
250 gm keju cheddar
2 sudu besar tepung
2 sudu besar mentega
Sedikit garam
KEPINGAN LASAGNA:
Keju mozzarella
Minyak zaitun
CARA:
- Masak kesemua bahan untuk inti daging ayam lasagna sehingga masak.
- Cara membuat sos putih,cairkan mentega, masukkan tepung kacau sehingga kental. Kemudian masukkan susu, kacau sehingga pekat, masukkan pula keju cheddar dan garam. Ketepikan.
- Sapukan mentega dibahagian bawah bekas lasagna, letaksekeping lasagna, kemudian inti. Selepas inti, letak sos putih dan keju mozzarella sedikit.
- Lapiskan lagi dan buat ulangan yang sama mengikut selera anda, akhir sekali keju mozzarelladi atas nya dan tabur sedikit minyak zaitun.
- Bakar 180⁰C selama 40 minit.