BAHAN:
3 cawan tepung gandum
80 gm mentega disejukkan
Sedikit susu segar
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan cranberry
½ cawan labu rebus dan lenyek
1/4 cawan kismis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
CARA:
- Dalam mangkuk satukan ke semua bahan kecuali susu. Apabila doh agak padat, masukkan susu sedikit demi sedikit.
- Sila pastikan anda tidak perlu terlalu uli sehingga menjadi doh yang sempurna. Sekadar uli sahaja.
- Apabila adunan telah canai, gunakan pemotongbulat dan susun atas dulang pembakar, sapukan kuning telur diatasnya dan bakar pada suhu 180⁰C selama 35 minit.
- Hidangkan bersama krim, krim masam dan jem.