BAHAN:
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila
110 gm tepung kek atau tepung gandum
60 gm gula halus
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
Coklat Nutella
CARA:
- Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila, tepung, soda bikarbonatyang telah di ayak bersama. Kacau sebati, rehatkan adunan 15 minit sebelum dibakar atas pan dengan membentuk bulat yang sekata.
- Apabila anda membakar diatas pan , dorayaki perlu diisi dengan coklat nutella atau sebarang jenis pes coklat. Kemudian telangkupkan ketika masih hangat, tekan-tekan secara lembut dibahagian keliling dorayaki dan ia akan melekat sendiri.