BAHAN

1 paket mi lidi

4 ekor udang

2 ulas bawang putih – cincang

½ labu bawang besar – cincang

4 biji bebola ikan

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar cili kisar

Sedikit sawi

Sedikit tauge

 

CARA

1. Celur mi lidi sehingga lembut. Angkat dan tuskan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, sawi, bebola ikan dan sos tiram. Kacau seketika dan sebatikan rasa.
4. Kemudian masukkan mi lidi dan gaul sebati. Masukkan pula tauge. Kacau rata, angkat dan hidangkan.
Jemput makan.