BAHAN:
480 gm beras pulut
1 ½ cawan santan pekat
Pisang raja atau lestari secukupnya
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya (dikoyakkan anggaran 7 – 8″, layurkan &lap bersih)
Tali rafia secukupnya
CARA:
- Kukus pulut anggaran 20 hingga 30 minit atau pulut separuh masak dan nampak lembut.Anda perlu mencuci dan merendam beras pulut sekurang-kurangnya 2 jam.
- Santan pekat dicampur dengan sedikit garam kemudian larutkan hingga terasa lemaknya. Angkat pulut dan gaulkan pulut bersama santan hingga rata.
- Sediakan sehelai daun pisang dan sudukan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan-tekan pulut supaya rata dan nipis.
- Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula. Kemudian letakkan sebelah pisang tadi di atas pulut.
- Balut pulut pisang seperti membuat pulut panggang.
- Ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut, dakap kan pulut tadi dan ikatkan dengan tali rafia di kedua dua belah.
- Kukus pulut dakap selama 30 hingga 40 minit dengan api yang sederhana.
TIP CEF : Balik-balikkan pulut dakap supaya masaknya sama rata.