Biasanya kalau masak tempoyak kita selalu gunakan petai. Tapi kali ini SAJI gunakan jering yang agak muda. Masakan ini tidak menggunakan santan, dan ia hanya ditumis biasa. Penggunaan ikan bilis menambahkan lagi rasa enak dalam hidangan ini. Ikan bilis boleh anda goreng ataupun tidak, terserah selera masing-masing. Jika anda ingin menambah daun kunyit hiris boleh juga, ataupun bunga kantan.
BAHANÂ TUMBUK
15 tangkai cili padi – kalau suka pedas boleh tambah lagi
1 labu bawang besar
BAHAN A
1 cawan ikan bilis – goreng
4 batang serai – hiris
1 cawan tempoyak
1 cawan jering – hiris
Minyak masak untuk menumis
Gula dan garam
CARA
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga masak dan pecah minyak.
- Masukkan tempoyak, serai dan gula. Tumis seketika.
- Kemudian masukkan jering. Tumis lagi.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis dan rasakan garamnya