BAHAN-BAHAN:
200 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
15 gm gula organik
15 ml minyak masak kanola
3 gm ragi kering
100 ml air
75 ml susu
5 gm garam
BAHAN INTI:
200 gm gula organik
1 sudu besar serbuk kayu manis – cincang
2 sudu besar gajus – cincang
2 sudu besar kacang badam – cincang
2 sudu besar biji matahari
2 sudu besar kacang tanah – cincang
CARA MENYEDIAKAN:
UNTUK MEMBUAT INTI : Di dalam mangkuk besar, satukan serbuk kayu manis, kacang tanah, gajus dan badam dengan gula organik. Kacau hingga rata menggunakan spatula. Ketepikan.

- Apabila ragi sudah sebati, masukkan pula garam, gula dengan minyak kanola lalu dikacau sekali lagi.
- Kemudian masukkan tepung beras dan tepung gandum, kacau hingga rata.
- Rehatkan doh selama 2 jam pada suhu 25°C hingga 28°C. Semakin tinggi suhunya, waktu fermentasi semakin pendek.
- Apabila doh mengembang naik 3 kali ganda dan permukaan doh terdapat buih ia bermakna proses fermentasi telah selesai.


PESAN SAJI : Hotteok ialah sejenis kuih tradisional di Korea Selatan. Kuih ini di bawa masuk oleh orang China ketika berhijrah ke Korea suatu masa dahulu. Kini hidangan ini menjadi popular di Korea.