BAHAN-BAHAN:
200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 gm yis kering
15 gm gula Melaka
180 ml air
5 gm garam
CARA MENYEDIAKAN:

- Letakkan doh di dalam mangkuk, tutup dengan plastik. Biarkan adunan pada suhu bilik 25°C hingga 28°C selama 2 jam atau 3 jam.
- Apabila adunan sudah mengembang 3 kali ganda dan permukaannya kelihatan dipenuhi liang udara, simpan doh di dalam peti sejuk selama 6 jam hingga 8 jam.

- Letakkan doh di dalam dulang yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung . Tekan bahagian tepi adunan agar tertutuplalu tutup dengan plastik. Biarkan doh selama 2 jam atau 3 jam. Ketepikan.
- Panaskan mangkuk seramik di dalam ketuhar pada suhu 220°C.
- Apabila doh sudah naik dua kali ganda, masukkan doh di dalam mangkuk seramik. Toreh sedikit adunan menggunakan pisau. Kemudian tutup doh dengan penutup seramik.

PESAN SAJI : Roti ini rasanya sangat enak dan dibuat tanpa diuli. Tepung gandum mengandungi zat nutrisi, vitamin dan mineral yang tidak dimiliki oleh tepung biasa.