BAHAN-BAHAN:
20 gm ikan bilis – belah dua buang tulang
15 tangkai cili api – tumbuk lumat
6 sudu besar tempoyak
2 helai daun kunyit – hiris
1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan ke semua bahan dan gaulkan sehingga mesra dengan sedikit air di dalam periuk. Panaskan tempoyak sehingga pekat.
- Rasakan garam dan gula secukupnya.
- Alihkan tempoyak ke dalam daun pisang dan lipat daun seperti membuat lepat.
- Letak di atas kuali dan tutup dengan penutup. Masak ia dengan api yang kecil selama 10 minit hingga 15 minit. Setelah masak dan naik bau, boleh angkat dan dihidangkan.