VADAI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

250 gm kacang dal

2 tangkai cili kering – gunting halus

1 tangkai daun kari – racik halus

1/2 labu bawang besar – hiris

1 sudu kecil  jintan manis biji

1/2 sudu kecil garam/secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam.
  2. Toskan hingga kering dan kisar, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang masih kasar dan tidak hancur.
  3. Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.  Bentukkan bulat dan leperkan.
  4. Susun atas dulang yang disapu sedikit minyak.  Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan