BAHAN-BAHAN

1 paket pastri paf

1 tin  sardin –  besar

5 labu bawang besar- potong dadu

5-10 tangkai cili padi

1 biji limau nipis

Garam secukupnya

Minyak untuk menumis

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili padi.
  2. Masukkan sardin dan setengah sosnya.
  3. Tambahkan garam dan air limau nipis.
  4. Hancur-hancurkan sardin dan tumis lagi sehingga pekat sedikit. Angkat dan sejukkan.
  5. Ambil satu keping pastri paf, letak inti sardin di atasnya.
  6. Cantum atau gulung dan sapukan telur pada bahagian atasnya.
  7. Bakar pada suhu 180⁰C sehingga masak dan kekuningan.