BAHAN DASAR:

16-20 keping biskut oreo – hancur

 

BAHAN KEK

400 gm krim keju

200 gm gula halus

2 biji telur

100 gm krim putar – putar hingga gebu

1 sudu besar jus  lemon – ambil jusnya  atau  1 sudu besar  sunquick

1 sudu besar tepung jagung

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Susunkan acuan kek cawan dan masukkan biskut oreo ke bahagian dasar setiap acuan.
  2. Krim keju dan gula dipukul hingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.
  4. Masukkan jus lemon/ sunquick, kacau rata.
  5. Kemudian masukkan krim putar dan masukkan juga tepung jagung.  Kaup sebati dengan pengaup plastik.
  6. Tuangkan adunan dalam acuan.
  7. Bakar selama 20 minit pada suhu 170⁰C.
  8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.