BAHAN UNTUK PASTRI
170 gm marjerin atau mentega
50 gm gula kastor
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Acuan tat
BAHAN INTI
2 biji epal hijau – potong dadu dan gaul dengan sedikit garam
½ cawan gula perang
1 sudu besar mentega
½ sudu kecil serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN
- Pukul marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi . Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh dalam plastik beg dan simpan dalam peti ais semalaman.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170⁰C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
- Untuk penyediaan inti: masak semua bahan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan epal lembik sedikit. Sejukkan.
- Untuk menyediakan tat epal, susun pastri tat di atas dulang pembakar dan sudukan inti epal ke dalamnya. Bakar dalam oven 170⁰C selama 15 hingga 20 minit.