CUCUR JAGUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung segar)

1/2 cawan isi udang – cincang

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 sudu kecil garam

1 batang lobak – hiris memanjang

Sedikit kubis – hiris halus

Sedikit daun saderi – hiris

Sedikit daun bawang – hiris

1 tangkai cili merah – cincang

1/2 labu bawang besar – cincang

3/4 cawan air

Minyak untuk menggoreng

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan minyak ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Panaskan minyak, cucurkan menggunakan sudu dan gorenglah sehingga masak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan