
BAHAN-BAHAN
5 biji epal hijau
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
1 biji telur
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Gula kastor
Sedikit serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN
- Buang empulur epal, basuh dan hiris bulat-bulat. Gaul dengan sedikit garam.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas adunan. Buat lubang di tengah-tengah tepung kemudian masukkan mentega cair dan telur. Curahkan susu sedikit demi sedikit.
- Gaul adunan sehingga sebati dan tidak bergentel.
- Celupkan hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak panas. Balik-balikkan dan angkat apabila warna keperangan.
- Toskan minyak. Sebelum menghidang, tabur gula kastor dan serbuk kayu manis.
- Epal goreng enak dimakan bersama krim, jem atau madu.
