MURTABAK LAPIS KRAKER

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

18 keping biskut kraker  (3 lapis)

1 cawan susu cair

6 biji telur

 

UNTUK LAPISAN INTI

200 gm daging kisar

3 labu bawang besar – cincang halus

1 paket kecil serbuk kari daging

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 biji ubi kentang – potong dadu

2 sudu besar cili kisar

Sedikit daun bawang daun sup – cincang

3 sudu besar minyak masak

Garam secukup rasa

Sedikit gula

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Untuk penyediaan inti: Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga garing dan naik baunya.
  3. Masukkan bawang besar dan kentang yang dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
  4. Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging dan kentang empuk.
  5. Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk lapisan kraker: Oleskan dulang pembakar dengan mentega.
  7. Rendamkan biskut kraker dalam campuran susu selama  1 minit.
  8. Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  9. Lapiskan dengan lapisan inti tadi.
  10. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
  11. Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur tadi.
  12. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  13. Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 180⁰C.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan