BAHAN-BAHAN
10 keping kulit popia
Kobis, lobak merah, kacang panjang – hiris halus
3 ulas bawang putih
5 hingga 10 ekor udang – cincang
2 biji telur
Sedikit tepung jagung
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan sedikit minyak. Di dalam kuali dan tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi.
- Masukkan udang, telur, serbuk lada sulah dan garam. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran. Kacau sebati dan angkat. Sejukkan.
- Letakkan inti di atas kulit popia dan gulung bentuk segi tiga.
- Lekatkan hujung samosa dengan tepung jagung yang dicampurkan dengan air.
- Goreng samosa sehingga keemasan. Hidangkan bersama sos kegemaran.