TELUR SOTONG UBI KELEDEK

BAHAN

300 gm telur sotong

2 biji ubi keledek

2 ulas bawang putih – cincang dan goreng garing

1 sudu besar serbuk kari daging

3 tangkai daun bawang

1 kuning telur

1 sudu besar mentega

1 tangkai daun parsli

1 sudu besar mayonis

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu kecil serbuk pati ayam

1 sudu kecil serbuk halia

Sedikit garam

Sedikit oregano

 

CARA

  1. Telur sotong digaul bersama sedikit serbuk cili, serbuk pati ayam,serbuk halia, bawang putih goreng, serta serbuk kari daging dan hirisan daun bawang. Ketepikan.
  2. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian lenyekkan sehingga hancur, gaulkan dengan sedikit garam, parsli, kuning telur dan mentega.
  3. Bentukkankentang lenyek empat segi. Letakkan isi telur sotong di atasnya.
  4. Kemudian panggang kentang di atas pan dengan sedikit mentega sehingga keemasan.
  5. Hiaskan mayonis di atas telur sotong dan taburkan serbuk cili dan oregano.