BAHAN
2 keping filet ikan bujuk
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
1 biji tomato – hiris
Sedikit parsli
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit parsli kering
BAHAN SOS
50 ml susu penuh krim
1 tangkai petai – hiris
½ sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil stok ayam
CARA
- Sadurkan filet ikan bujuk bersama tepung gandum,parsli dan sedikit garam. Saduran tepung jangan terlalu tebal.
- Panaskan kuali leper, menggunakan api sederhana dengan mentega dan sedikit minyak agarikan lebih rangup. Ketepikan.
- UNTUK MEMBUAT SOS : Cairkan mentega, susu, tambahkan sedikit air, serbuk ayam,isi petai dan tepung jagung yang dibancuh air sebagai agen pemekat. Pastikan sos mendidih, ketika campurkan bancuhan tepung jagung.
- Tuangkan sos diatas ikan bujuk yang telah siap digoreng.
- Hidangkan bersama hirisan tomato segar, sedikit serbuk lada hitam dan parsli kering.