AYAM MASAK MERAH

BAHAN

500 gm ayam – potong 6

7 tangkai cili kering

5 ulas bawang merah

1 sudu besar jintan manis

½ sudu besar jintan putih

2 sudu besar kacang tanah goreng

2 tangkai cili merah – belah dua

2 sudu besar tomato puri

2 ulas bawang merah – hiris

150 ml santan pekat

1 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

3 cm kulit kayu manis

2 biji buah keras

Sedikit belacan

Minyak untuk menumis

Sedikit gula dan garam

 

BAHAN TUMIS

2 ulas bawang putih

3 cm halia – mayang

3 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

4 cm kulit kayu manis

 

CARA

  1. Sangai cili kering,jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, cengkih,bunga lawang. Kemudian giling lumat bersama bawang merah, kacang tanah, buah keras dan cili padi.
  2. Campurkan bahan giling bersama tomato puri dan sedikit belacan.
  3. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, halia mayang dan bawang putih mayang bersama kayu manis,bunga lawang sehingga garing dan naik bau.
  4. Kemudian masukkan rempah yang telah siap digiling. Tumis seketika sehingga naik bau
  5. Masukkan ayam dan santan, tambahkan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Sebatikan rasa garam dan lebihkan gula. Masukkan bawang besar yangdipotong bulat dan cili merahdibelah dua.

 

PESAN SAJI

Masakan ini agak manis sedikit dan tidak perlu menumis rempah terlalu kerana rempah sudah disangai sebelum digiling.