PUYUH PANGGANG BERJINTAN

BAHAN

2 ekor burung puyuh

1 ulas bawang putih – mayang

3 cm halia – mayang

1 ulas bawang merah – mayang

50 ml santan pekat

2 cm halia – kisar

2 ulas bawang putih – kisar

2 keping asam gelugur

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit garam

Sedikit lada hitam

Minyak masak untuk menumis

 

BAHAN GILING

2 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

2 cm kulit kayu manis

2 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

 

CARA

  1. Burung puyuh dibersihkan, gaulkan dengan lada hitam,garam,pes halia dan pes bawang putih.
  2. Tuangkan sedikit minyak dan marjerin di dalam kuali leper, gril burung puyuh sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam periuk, tumiskan bahan giling, halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau serta pecah minyak.
  4. Masukkan santan, serbuk kunyit dan asam gelugur.Tambahkan sedikit air dan masukkan burung puyuh.
  5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan masak sehingga kuah sedikit pekat.