KETUTU STIM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 ekor ikan ketutu

2 sudu besar sos tiram

1 ½ sudu besar sos plum

2 cm halia – mayang

3 ulas bawang putih – cincang

2 ulas bawang merah – mayang

5 tangkai cili padi – ketuk

2 sudu besar kicap manis

1 batang serai – ketuk

3 tangkai daun bawang

Sedikit garam

Sedikit minyak bijan

Minyak masak untuk menumis

 

CARA

  1. Kukus ikan ketutu dengan sos tiram,sos plum dan serai.
  2. Tumis halia,bawang merah dan bawang putih sehingga garing dan wangi masukan kicap manis dan cili padi.
  3. Angkat tumisan, lalu siram di atas ikan ketutu yang sedang dikukus.
  4. Taburkan hirisan daun bawang dan sedikit minyak bijan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan