
BAHAN
3 ekor ikan puyu
2 ulas bawang merah – kisar
1 ulas bawang putih – kisar
6 tangkai cili padi – kisar
3 biji ubi cekur – kisar
2 cm kunyit hidup – kisar
5 tangkai daun cekur – mayang
½ cawan santan pekat
Minyak masak untuk menumis
CARA
- Ikan puyu digaul bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga garing.
- Tumis bawang merah,bawang putih,kunyit dan kencur yang telah dikisar halus sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Tambahkan sedikit air, asam gelugur dan daun kencur yang telah dimayang halus.
- Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar.
- Masukkan santan dan ikan puyu. Rasakan garamnya. Biarkan mendidih, masak sehingga kuah sedikit pekat.