BERGEDIL AYAM KEJU BERKRIM

BAHAN

2 biji kentang – rebus hingga empuk

2 ulas bawang putih – cincang halus dan goreng garing

1 biji telur ayam

1 biji kuning telur

50 gm isi ayam – potong dadu dan goreng seketika

3 tangkai daun sup

1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar

½ kotak kecil susu penuh krim

1 sudu besar mentega

2 helai pucuk gajus – hiris halus

3 tangkai daun kucai – hiris halus

½ sudu kecil serbuk pati ayam

½ sudu kecil tepung jagung

Minyak masak untuk menggoreng

Sedikit keju cheddar – parut

Sedikit garam

 

CARA

  1. Ubi kentang yang telah direbus empuk, dilenyek hingga hancur. Kemudian masukkan hirisan daun sup,kucai dan daun gajus.
  2. Masukkan sedikit lada hitam, garam, kuning telur dan isi ayam. Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan doh.
  3. Masukkan inti parutan keju cheddar. Leper dan gaul bersama telur yang dipukul terlebih dahulu dan goreng didalam minyak sehingga keemasan.
  4. UNTUK MEMBUAT SOS : Cairkan mentega bersama susu, di dalam periuk.
  5. Tambahkan sedikit air,serbuk pati ayam dan sedikit serbuk lada hitam.Biarkan sos mendidih dan masukan bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sos sehingga pekat. Akhir sekali, masukkan bawang putih goreng