BAHAN-BAHAN
250 gm isi ikan tapah
1 biji mangga muda – hiris kasar
3 sudu besar tempoyak
2 batang serai – ketuk
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah – tumbuk
3 cm kunyit hidup – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
5 tangkai daun kesum
500 ml air
Sedikit belacan
Sedikit garam
CARA
- Ikan tapah dibersihkan, kemudian perap dengan bawang merah, kunyit dan bawang putih. Seeloknya perap semalaman.
- Didihkan air, masukkan daun kesum,tempoyak dan serai. Biarkan ia sebati.
- Kemudian masukkan belacan dan ikan tapah yang telah diperap semalaman.
- Diikuti dengan hirisan mangga muda serta garam secukup rasa.
- Masak sehingga ikan empuk. Angkat dan hidangkan.