MI SANGGUL UDANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

2 keping mi sanggul – rendam sehingga kembang

5 ekor udang galah

½ sudu besar mentega

½ biji jus lemon

1 sudu besar mentega

1 tin kecil kacang pis

2 sudu besar krim keju

1 sudu besar kacang tanah tumbuk

3 tangkai daun sup

3 tangkai daun kucai

Sedikit oregano

Sedikit garam

Sedikit serbuk patiayam

Serbuk lada hitam

 

CARA

  1. Bersihkan udang, belah belakang bahagian udang dan perahkan sedikit jus lemon.
  2. Kemudian masukkan krim keju, mentega, hirisan daun kucai dan sedikit serbuk lada hitam. Susun udang di dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 170°C selama 10minit.
  3. UNTUK MEMASAK MI: Cairkan mentega, masukkan mi sanggul ke dalam kuali.
  4. Masukkan garam,kacang pis,sedikit serbuk pati ayam, lada hitam, oregano, hirisan daun sup dan kacang tanah. Masak mi hingga sebati. Hidangkan bersama udang yang telah siap dibakar. Untuk lebih enak, di makan bersama sos cili tomyam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan