BAHAN
2 biji kentang – rebus empuk
½ sudu besar mentega
½ sudu besar tepung ubi
1biji telur masin – rebus
8 ekor udang – buang kulit dan cincang kasar
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun kucai
Sedikit garam dan lada hitam
BAHAN SAMBAL
2 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
Sedikit cuka
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit garam dan gula
CARA
- Ubi kentang yang telah direbus, kemudiannya dilenyek bersama telur masin dan udang.
- Taburkan sedikit lada hitam, hirisan daun sup dan daun kucai.
- Masukkan mentega dan tepung ubi. Gaulkan sehingga sebati
- Panaskan minyak, goreng cucur hingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
- UNTUK MEMBUAT SAMBAL : Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian letakkan sedikit cuka, serbuk pati ayam, garam dan gula. Sebatikan rasa.
PESAN SAJI : Boleh juga ditumis, sehingga cili masak. Kemudian masukkan ke semua bahan sambal.