TELUR PADI MASAK LEMAK HIJAU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur padi (century egg) – cuci bersih

½ cawan santan pekat

1 sudu kecil serbuk kunyit

Daun selasih segar secukupnya

½ sudu kecil lada hitam

½ cm belacan

1 keping asam gelugur

Gula dan garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR

10 tangkai cili hijau

10 tangkai cili akar hijau

6 ulas bawang merah

3 cm halia

1 cawan santan cair

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan lada hitam dan bahan kisar serta asam gelugur dalam periuk, didihkan.
  2. Masukkan telur itik dan serbuk kunyit, kacau perlahan. Masukkan pula belacan dan santan pekat. Biar ia mendidih sebentar.
  3. Kemudian, perasakan dengan gula dan garam. Selepas siap masak taburkan daun selasih segar.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan