BAHAN-BAHAN:

2 papan telur puyuh rebus

Nanas muda

1 batang kulit kayu manis

4 kuntum bunga lawang

3 ulas bawang merah – tumbuk

3 cm halia – kisar

3 sudu besar kerisik

2 sudu besar rempah kari

1 sudukecil serbuk kunyit

Air secukupnya

Gula dan garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumiskan bahan tumbuk , kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan nanas.
  3. Masak sehingga nanas lembut, kacau perlahan-lahan, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Kacau seketika dan biar sebentar.
  4. Akhir sekali, masukkan telur puyuh yang telah direbus, kacau rata. Siap untuk dihidangkan.