Oleh: Asmat FikrI

  1. Rancang

Rancang majlis rumah terbuka awal-awal dan jangan buat kerja last minit. Rancang menu, rancang tetamu, rancang kewangan, rancang masa dan lain-lain.

 

  1. Menu makanan

Pelbagaikan menu makanan bersesuaian dengan tetamu. Ada menu untuk orang dewasa, kanak-kanak dan bagi tetamu yang mengelak dari makan nasi, pastikan juga disediakan sejenis dua mee atau bihun. Jangan lupa seimbangkan juga menu yang ada, seperti makanan berat, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

 

  1. Waktu jamuan

Waktu majlis diadakan juga menjadi faktor penentu menu anda. Biasanya orang gemar buat rumah terbuka waktu petang hingga ke malam. Selain menu yang disediakan lebih ringkas, tuan rumah juga mempunyai lebih masa untuk memasak dan menghidang.

 

  1. Jaga kebersihan

Bila-bila masa kita ‘dealing with’ makanan ni, kebersihan kena tip top. Silap-silap tetamu sakit, kita kena saman, dapat nama buruk lagi

 

  1. Hidangan berperingkat

Catu” makanan anda.Catu dalam erti kata lain ialah menghidangkan secara berperingkat makanan anda. Selain dapat mengawal kuantiti makanan agar semua tetamu dapat merasa, ia juga dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku.

 

  1. Jangan ghairah

Maksudnya jangan terlalu excited mengadakan majlis hingga kita yang tak larat. Semua menu nak disediakan sendiri, nak jemput semua kawan-kawan dari kawan masa kecil sampai ke kawan sepejabat hingga kita sendiri tidak terlayan.

 

  1. Tetamu

Pastikan juga bilangan tetamu tidak terlalu ramai, berpadanan dengan ruang tamu dan jika ingin meraikan di luar, jumlah mereka hendaklah bersesuaian dengan keluasan kawasan rumah.

 

  1. Sentiasa alert

Sentiasa perhatikan makanan dan tetamu. Jika makanan berkurang, cepat-cepat ditambahkan. Jika lihat tetamu keseorangan tiada siapa yang melayan, terus pergi berbual-bual dan menjemputnya makan.

 

  1. Raikan tetamu

Nikmatilah hidangan dalam suasana riang ria sambil berbual-bual. Tidak perlu tergopoh-gapah mencuri masa. Jika perlu hidangkan manisan dan kopi setengah jam selepas hidangan utama.

 

  1. Kesedaran

Jadilah hos yang mempunyai kesedaran tinggi dalam penjagaan kesihatan dengan mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Rancangkan menu dengan mempelbagikan sayur-sayuran, buah-buahan dan produk daripada kacang soya.