BAHAN-BAHAN:
500gm pasta fusili yang sudah direbus separuh masak
4 biji bawang putih- cincang halus
2 batang saderi dihiris nipis
3 biji cili padi dihiris kecil
1 biji cili merah dihiris nipis
2 keping isi ikan tenggiri
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 biji jus lemon
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuning-kuningan.
- Masukkan isi ikan dan masak sehingga separuh masak. Masukkan daun saderi, cilipadi dan cili merah. Gaul rata.
- Kemudian masukkan pasta, garam dan gula. Ubah suai ikut citarasa anda, kemudian gaul lagi hingga sebati.
- Tuangkan jus lemon dan gaul sebelum dihidangkan.