BAHAN A
6 biji telur rebus
2/3 cawan air panas
BAHAN B
1 ulas bawang merah – cincang
1 ulas bawang putih – cincang
BAHAN C
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
CARA
- Panaskan minyak masak dalam kuali guna api perlahan. Tumis bahan B hingga naik bau. Masukkan semua bahan C, kacau rata.
- Masukkan bahan A dan kacau hingga agak pekat.