BAHAN A
2 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
4 cm halia – tumbuk
1 batang serai – titik
1 tangkai daun kari
BAHAN B
3 sudu besar serbuk kari ikan/udang
1 sudu besar serbuk kunyit
Air
BAHAN C
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air panas
Garam & gula secukupnya
BAHAN D
1 ekor ikan merah – goreng setengah masak
300 ml susu segar
BAHAN E
Kacang bendi
Terung
Tomato
CARA
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A tadi hingga naik bau. Masukkan serai dan daun kari, tumis sebentar.
- Bancuh rempah dengan air, dan masukkan dalam bahan tumis. Tumis hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan bahan C, kacau dan biarkan mendidih pada api perlahan.
- Kemudian, masukkan bahan D dan E. Gaul sedikit dan biarkan mendidih sebentar.