Masa Penyediaan: 5 minit
Masa Memasak: 15 minit
Bahan-bahan Kuantiti
Kek Span pandan/vanila 1 biji saiz 7 inci
Kastad Pandan
250 ml + 1 liter air susu cair
400 ml santan
15 gm serbuk agar-agar
80 gm gula
600 ml jus pandan
90 gm tepung Hong Kwee hijau
Hiasan
50 gm kelapa kering
CARA :
- Potong kek span kepada tiga bahagian.
- Cara memasak kastard:Campurkan tepung hong kwee dengan jus pandan dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
- Satukan susu cair, santan, serbuk agar-agar dan gula di dalam satu periuk dan masak atas api sederhana hingga hancur gula dan agar-agar.Tapiskan campuran tepung hong kwee dan jus pandan ke dalam periuk agar-agar dan masak lagi hingga pekat.
- Cara melapiskan kek: Letakkan lapisan kek yang pertama ke dalam loyang. Tuangkansatu pertiga bancuhan kastard ke atas kek.
- Letakkan lapisan kek yang kedua pula dan tuangkan bancuhan kastard lagi menutupi lapisan kek.
- Letakkan lapisan kek ketiga dan letakkan bancuhan kastard hingga habis.
- Hentakkan loyang beberapa kali untuk mengeluarkan gelembung udara dari lapisan kek dan kastard. Sejukkan seketika pada suhu bilik.
- Masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.
- Apabila dihidangkan, taburkan kelapa kering sebagai hiasan.
