NASI DAGING & AIR ASAM TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

3 cawan beras basmathi

3 cawan air rebusan daging

1 cawan susu cair

10 biji kurma – buang  biji dan rendam

3 ulas bawang merah – kisar

3 ulas bawang putih – hiris

3 cm halia

2 sudu besar minyak sapi

1 sudu besar  mentega

2 sudu besar  rempah beriani

1 sudu besarpes tomato

 

BAHAN TUMIS

4 cm kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

3 kuntum bunga lawang

Daun sup

Garam  secukup rasa

 

BAHAN REBUSAN  

1 kg daging segar

50 gm halia

Bawang besar

Garam secukup rasa

 

BAHAN AIR ASAM

Sambal belacan

Air asam jawa

2 labu  bawang merah

2 biji tomato

  1. Gaulkan sambal belacan dan air asam ke atas tomato dan bawang.
  2. Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa.

 

CARA :

  1. Rebus daging dengan halia, dan hirisan bawang merah sehingga empuk. Daging diasingkan setelah empuk.
  2. Panaskan periuk nasi, masukkan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis , buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Tumis pula rempah beriani hingga masak. Masukkan pes tomato dan kurma yang dikisar.
  4. Masukkan air rebusan daging, susu cair, daun sup, Perasakan dengan garam. Biarkan menggelegak seketika.
  5. Masukkan beras dan renehkan hingga mendidih. Apabila nasi kering, kecilkan api, tutupkan periuk dan perlahankan api, biarkan masak hingga sempurna.
  6. Semasa menghidang, letakkan daging yang telah direbus di atas nasi. Taburkan bawang goreng.
  7. Gaulkan sambal belacan dan air asam bersama tomato dan bawang. Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan