SUP TULANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

1 kg tulang lembu

3 liter air

1 bungkus sup bunjut

 

 BAHAN TUMIS

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

1 batang kayu manis

3 biji bunga cengkih

 

BAHAN TUMBUK

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

5 cm  halia

1 batang serai

 

 BAHAN B

1 batang lobak merah

2 biji kentang

2 batang saderi

Serbuk lada putih dan garam secukupnya

Daun sup & daun bawang

 

CARA

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Goreng bahan tumis sebentar. Masukkan bahan tumbuk tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan tulang daging gaul sedikit dan biarkan sebentar.
  3. kemudian tuangkan air dan masukkan sup bunjut.
  4. Reneh sehingga empuk.
  5. Akhir sekali masukkan bahan B.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan