Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 1 biji kentang – potong dadu & rebus
  • 1 tangkai cili merah – hiris
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 ulas bawang merah
  • Garam dan serbuk lada secukup rasa
  • Sedikit minyak

 

Cara Menyediakan

  1. Di dalam sebuah bekas, campurkan kesemua bahan lalu dipukul bersama hingga sebati.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak lalu dituangkan bancuhan telur tadi.
  3. Masakkan kedua-dua belah hingga kuning keemasan.