SUP TULANG BERKENTANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan

  • 5 ketul tulang rawan
  • 1 biji kentang – potong dadu
  • 1 biji lobak merah – potong dadu
  • 1 biji tomato
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 2 liter air
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 tangkai cili padi – ketuk
  • Sedikit daun sup
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • Sedikit serbuk stok ayam

 

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

 

Cara Menyediakannya

1.Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik baunya.

2.Masukkan kesemua bahan lain dan dididihkan sehingga isi daging pada tulang empuk.

3.Perasakan dengan garam, serbuk lada putih dan serbuk stok ayam.

4.Tuangkan sup dan hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan